Powered By Blogger

Friday 9 September 2011

Raya + Agriculture

Assalamualaikum semua.. Mesti korang tertanya-tanya kenapa "Entry" diatas bertajuk Raya + Agriculture. Adakah ianya tema Hari Raya tahun ni? Kalau jawap YA memang x tepat la jawapan tu. Sebabnya kerana pada hari tu masa kunjungan raya pada 9 Syawal tempoh hari, mulanya salah seorang kawan aku cakap, balik nanti dia nk tengok burung Tiong  yang "Tuan Rumah" ni bela. So aku pun interested la dengar kawan aku ni cakap macam tu. Disamping itu juga aku nak mengambil kesempatan untuk bersiar-siar kat sekitar rumah ni sebab kawasan rumah ni agak menarik perhatianku. Gambar rumah ni aku xsempat nak ambik sebab excited nk berhari raya hehehe. Tapi klunya persekitaran rumah ni dipenuhi pokok-pokok buah dan juga pohon-pohon bunga yang mekar ditaman. Chewaahh.  So camera take your action.
 Inilah Burung Tiong yang aku maksudkan tadi. Boleh mengajuk pelbagai suara dan bunyi. Bagi salam dan jawap salam pun boleh.

Ni pulak pokok buah Dabai. Kebetulan pulak sekarang ni musim Dabai. Kalau di Betong buah Dabai ni dijual  secara timbang (per-kg) atau ditimbang sukat dengan menggunakan tin susu cap junjung. 


Dekat rumah ni juga terdapat pokok buah Markisa. Dan inilah rupa buah Markisa tersebut.Aku xpasti sangat info tentang pokok Markisa ni. So aku mintak ler bantuan dari wikipedia. Click Link ni untuk Info

Jeng3x.... Sapa sangka kat Betong ni xboleh ditanam dengan pokok anggur. Ni bukan yang sinonim bagi orang yang duduk menganggur tu, tapi ni anggur yang betoi2 punya. 

Angle-view dari pandangan lain yang menunjukkan serba sedikit landskap taman yang dikelilingi landskap hijau yang mendamaikan serta pandangan yang menyejukkan mata memandang. Credit to Mohd Fadly.

Ni gambar aku bersama dengan salah seorang rakan semasa kunjungan hari tu yang berlatarbelakangkan dengan pokok Nanas. Credit to Ahmad Samhan and Zunnur.

So, kesimpulannya hari tu memang seronok la bagi aku sebab suasana hijau yang mendamaikan menjadi pilihanku. Sebelum ni aku just lalu jer kawasan rumah ni sebab lokasi rumah ni berdekatan dengan jalanraya menuju ke simpang Betong terus ke laluan utama Lebuhraya Pan-Borneo dan inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Kalau x, aku xkan tahu sapa "Tuan Rumah" ni, apa yang terdapat di persekitaran kawasan rumahnya dan yang paling penting ada pokok Anggur. Bangga ni. hehehe. So, inilah ganjaran sekiranya kita mengambil kesempatan untuk berbudi kepada tanah kerana hasilnya tidak pernah menghampakan mereka yang pandai mengambil kesempatan ini.





2 comments: