Powered By Blogger

Wednesday 28 September 2011

Saya suka Awan... ~~

Assalamualaikum. Baiklah, entry kali ni berkisar tentang "awan" atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai "cloud". Pegi mana-mana pun memang aku suka tengok langit, lebih-lebih lagi kalau langit pada cuaca cerah sebab langit pada waktu ni kebiru-biruan serta bertompokkan awan yang keputih-putihan. Aku kalau tengok awan yang macam ni automatik aku akan rasa tenang, lapang dan luas. Kalau korang xpercaya boleh try-test.
Kali ni aku nak berkongsi serba sedikit gambar-gambar yang aku ambik berlatarkan awan-nano ni.. hehe.





Friday 9 September 2011

Sunset Hunter

Assalamualaikum semua! Entry kali ni menceritakan serba sedikit tentang kegiatan atau lebih tepat lagi dengan perkataan "Kecenderungan" aku sebab antara perkara yang aku suka dalam bidang foto-foto ni salah satunya ialah melihat serta merakamkan gambar langit biru dengan disertakan dengan tompokkan awan yang memutih dan pandangan "sunset" matahari terbenam. X kisah la yang mana satu pun yang penting dua-dua aku suka. hehe. Kali ni aku nk share sikit gambar-gambar pandangan yang berkaitan.

 Tasik Bandar Baru Betong 1

Tasik Bandar Baru Betong 2

Tapak Pesta Rakyat tebing Sungai Layar Kampung Hilir Betong 1

Tapak Pesta Rakyat tebing Sungai Layar Kampung Hilir Betong 2

Sunset Burst

Baiklah, inilah sedikit koleksi gambar "Sunsets" yang aku nak kongsikan ngan korang semua. Next entry nanti aku nak share pulak gambar langit biru bertompokkan awan nano.. hehehe. 

Raya + Agriculture

Assalamualaikum semua.. Mesti korang tertanya-tanya kenapa "Entry" diatas bertajuk Raya + Agriculture. Adakah ianya tema Hari Raya tahun ni? Kalau jawap YA memang x tepat la jawapan tu. Sebabnya kerana pada hari tu masa kunjungan raya pada 9 Syawal tempoh hari, mulanya salah seorang kawan aku cakap, balik nanti dia nk tengok burung Tiong  yang "Tuan Rumah" ni bela. So aku pun interested la dengar kawan aku ni cakap macam tu. Disamping itu juga aku nak mengambil kesempatan untuk bersiar-siar kat sekitar rumah ni sebab kawasan rumah ni agak menarik perhatianku. Gambar rumah ni aku xsempat nak ambik sebab excited nk berhari raya hehehe. Tapi klunya persekitaran rumah ni dipenuhi pokok-pokok buah dan juga pohon-pohon bunga yang mekar ditaman. Chewaahh.  So camera take your action.
 Inilah Burung Tiong yang aku maksudkan tadi. Boleh mengajuk pelbagai suara dan bunyi. Bagi salam dan jawap salam pun boleh.

Ni pulak pokok buah Dabai. Kebetulan pulak sekarang ni musim Dabai. Kalau di Betong buah Dabai ni dijual  secara timbang (per-kg) atau ditimbang sukat dengan menggunakan tin susu cap junjung. 


Dekat rumah ni juga terdapat pokok buah Markisa. Dan inilah rupa buah Markisa tersebut.Aku xpasti sangat info tentang pokok Markisa ni. So aku mintak ler bantuan dari wikipedia. Click Link ni untuk Info

Jeng3x.... Sapa sangka kat Betong ni xboleh ditanam dengan pokok anggur. Ni bukan yang sinonim bagi orang yang duduk menganggur tu, tapi ni anggur yang betoi2 punya. 

Angle-view dari pandangan lain yang menunjukkan serba sedikit landskap taman yang dikelilingi landskap hijau yang mendamaikan serta pandangan yang menyejukkan mata memandang. Credit to Mohd Fadly.

Ni gambar aku bersama dengan salah seorang rakan semasa kunjungan hari tu yang berlatarbelakangkan dengan pokok Nanas. Credit to Ahmad Samhan and Zunnur.

So, kesimpulannya hari tu memang seronok la bagi aku sebab suasana hijau yang mendamaikan menjadi pilihanku. Sebelum ni aku just lalu jer kawasan rumah ni sebab lokasi rumah ni berdekatan dengan jalanraya menuju ke simpang Betong terus ke laluan utama Lebuhraya Pan-Borneo dan inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Kalau x, aku xkan tahu sapa "Tuan Rumah" ni, apa yang terdapat di persekitaran kawasan rumahnya dan yang paling penting ada pokok Anggur. Bangga ni. hehehe. So, inilah ganjaran sekiranya kita mengambil kesempatan untuk berbudi kepada tanah kerana hasilnya tidak pernah menghampakan mereka yang pandai mengambil kesempatan ini.





Thursday 8 September 2011

9 Syawal bersamaan 070811

Assalamualaikum semua. Hari ini seperti yang aku tulis kat entry merupakan 9 Syawal atau hari raya ke-9. Walaupun suasana hari raya tahun ni aku rasa x berapa meriah tetapi kunjung-mengunjung sesama rakan taulan masih lagi diteruskan. Setelah menerima panggilan dari salah seorang rakan, tepat jam 4.45pm kami pun bergerak ke lokasi yang dituju. Lokasinya xla berapa jauh, masih lagi didalam kawasan bandar. Setelah 20 minit kami pun sampai ke lokasi yang dituju. Kami telah disambut dengan mesra oleh "Tuan rumah". Terima kasih lah yer.

  Inilah rupa "Tuan Rumah" nyer. Budak kecik tu yang aku suka, jumpa kamera relax jer pose. Kecik2 dh "photogenix" hehehe. I like it.

Juadahnya pula hampir sama dengan setiap rumah yang aku kunjungi. Layan sebab ada popia dan kacang goreng yang aku gemari.

Visitors On Board







facebook login

Assalamualaikum semua! Hari ini seperti biasa, meneruskan hidup sepanjang percutian yang memang panjang, dengan bermuka-buku (facebook.com). Bukanlah kerana faktor ketagihan melayari internet cuma manalah tahu ada "job" yang sangkut. Facebook juga merupakan antara medium penting untuk mengembangkan perniagaan seperti yang aku ceburi ini. Walaupun perniagaan aku ini bersaiz kecil tetapi hasilnya agak "BESAR" sekiranya dilakukan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh. SO, terima kasih FACEBOOK.


Sedikit sebanyak dapat juga aku berkongsi cerita, link, atau benda yang paling major yang aku buat sekarang ni adalah berkaitan dengan dunia fotografi. Dalam profile facebook aku juga terdapat sedikit hasil kerja aku yang dipertonton secara tidak langsung untuk tatapan para peminat seni fotografi. Boleh add facebook aku untuk keterangan lanjut.  http://www.facebook.com/irazrul.sharkawi

Wednesday 7 September 2011

Kunjungan YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta rombongan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampung Masjid Betong 2011

Assalamualaikum. Ni nak share sikit pasal kunjungan VIP ke kampung saya bersempena dengan sambutan Hari Raya tahun ni pada Har Raya Ke-3 yang lepas. Ceritanya bermula setelah ketua kampung datang beraya ke rumah hari tu. Berikut adalah dialog antara beliau dan aku..

KK: Rul, hari raya ke 3 ni bz x?
AS: hari raya ke 3? knapa? 
KK: nk pinjam ko sekejap. ambik gambar untuk majlis tu. nanti kasi la duit raya sikit.
AS: Jam berapa program tu mula? 
KK: Jam 2pm. Tp ko kene ready awal sikit. 
AS: Set!!

Pulak jadi Official Photog. Xkira jnji buat keja ikhlas.

 Ketibaan YB Datuk Patinggi Alfred Jabu diikuti Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Venue majlis ini berlangsung


Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum semua! Belum terlambat lagi nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin khasnya kepada semua yang mengenali diri ini. Lokasi beraya tahun ni sama saja dengan yang tahun-tahun lepas. Maksudnya beraya di Betong jer. Tapi suasananya agak berbeza sebab raya tahun ni x berapa nk meriah. Mungkin faktor usia menyebabkan aku mudah nak cakap xmeriah. Thanks ya kepada rakan2 yang telah datang beraya ke rumah and sama2 g beraya ke rumah rakan2 yang lain. Ni kira macam reunion yg xbrapa rasmi la. Walaupan xramai tp adala dlm 5-6 orang yang join tp kira happening la. Thank you my friend.

Ini sebahagian daripada foto2 yang dirakamkan. Time ni kat rumah aku.

Ni pulak time beraya di salah sebuah rumah member.. Thanks u all!